background

Sunday, March 20, 2011

AKU BENCI KAU!!!!


lama xupdate blog nih,rindu sgt..tp ada benda nak share ngan korang yer..tajuk i tulis tue bukan i benci kan seseorang tau tp makhluk yang sgggtttt aku geli dan xsuka ialah LIPAS semalam i balik rumah selepas 3 hari membiarkan rumah tiada penghuni, yg terkejutnye bila i masuk dapur mengucap panjang i bila tgok lipas terlampau byk sgt dah la i jenis geli ngan lipas klu setakat merayap takpe la jgk nih siap terbang2 lagi ape cerita,hati i mula geram yg amat boleh i xda kat rumah lipas nih bermaharajalela plak,apa lagi i capai semburan 'minyak wangi' utk mereka biar mampus tp ade jgk yg liat nak mampus...hati aku lagi panasssss.....last sekali, i bunuh mereka dgn cara kurang bijak, geli ke x terpaksa jgk i pijak sekor-sekor..aikk!!!tp i pakai selipar la..meremang bulu roma i cerita nih pasal geli..arini aku google cari petua hampus kan lipas so balik nanti i nak cuba buat so i nak share ngan korang yg senasib ngan i... jom mencuba...




Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
  1. Memijak atau memukul lipas dengan kasut atau suratkhbar atau penyapu.
  2. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat juga, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul-betul dengan air dan sabun.
Membunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun :
  1. Sediakan botol yang ada kepala spray.
  2. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi.
  3. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya.
  4. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan
  5. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Memerangkap lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun :
  1. Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jem/madu.
  2. letakkan sedikit serbuk kopi atau koko ke dalam botol.
  3. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas.
  4. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
  5. Bila dah terperangkap, srap lag dengan air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur :
  1. Jaga kebersihan.
  2. Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
  3. Selalu cuci bilik air.
  4. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya.
  5. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas.
  6. 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dengan vacuum. Juga buat sama di dalam laci-laci di rumah.
  7. Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan ke dalam bakul standby untuk basuh. Lipas seronok bau peluh.
  8. Jangan simpan pasu bunga atau bunga betul dalam rumah. hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas :

  1. Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dengan silicon atau kapur.
  2. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dengan grill yang rapat. Begitu juga dengan siling.

Racun Buatan Sendiri

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri orang putih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.

Racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Perlu ingat racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, diminta jauhkan dari kanak-kanak.

Bahan-Bahan untuk racun buatan sendiri :
  1. 1 bahagian serbuk borik acid (yang selalu digunakan untuk buat mee kuning)
  2. 2 bahagian tepung gandum
  3. 1 bahagian koko

Kesemua bahan tadi digaulkan di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu, tau! Sebelum mula, ikat sapu tangan kat muka supaya hidung tertutup.

Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. Basuh tangan anda!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas akan makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna coklat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat nak membesar dan membiak.
selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment