background

Thursday, October 21, 2010

Ruam@kulat???

Dah seminggu arissa terkena ruam lampin nih..baru arini check up kat doc pasal buh nappy rash cream pun xlega-lega jugak, so doc check ckp dia terkena kulat so doc bg cream (xingat la nama apa) sapu 3hari sekali..nak ikutkan klu kena ruam nih pasal biar najis lama sgt tue yg xlega-lega ,arissa plak kulit sensitive jugak ikut i la, alergi ckit...kecian kat dia la bila buka jer pampes mesti tgn dia akan mengaru kat****...mesti dia rasa gatal sgt, so i cuci kat**** dgn air suam selepas mandi bg kurang kegatalan dia tue...kat cni ade ckit info ttg ruam klu nak tahu...

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

  • Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama.
  • Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang.
  • Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain.

Rawatan

  1. Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.
  2. Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
  3. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit bati.
  4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat
  5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Pencegahan
Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

  • Periksa lampin bayi anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.
  • Berhati-hati membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.
  • Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.
  • Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda.
  • Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.
  • Elakkan penggunaan sapuan lampin (tisu basah) yang mengandungi alkohol.
  • Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.

Ruam lampin candida
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P1T5_nsl4.jpg

  • Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.
  • Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.
  • Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.
  • Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.
  • Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan
Rawatan meliputi:

  • Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
  • Keringkan kawasan yang dijangkiti.
  • Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.

Penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:

  • Seborrheic dermatitis
  • Atopic dermatitis
  • Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus


Berjumpa doktor sekiranya:

  • Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
  • Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
  • Bayi anda demam.
  • Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
  • Wujudnya benjolan atau bintil-bintil.
  • Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
  • Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.
...

No comments:

Post a Comment