background

Tuesday, June 22, 2010

Arissa demam...



Muka Kecian anak mummy nie...hidung pun sudah merah...

Kelmarin, dapat call dari mak bagitahu Arissa demam...i kat opis xleh duduk la dengar anak sakit kehulu-ke hilir so i minta kebenaran kat pegawai nak balik awal reason nak bawa anak pegi klinik so alhamdullillah pegawai bagi pelepasan so around pukul 3 i balik ke alor setar tapi sebelum i bertolak i jumpa hubby dulu la babai peluk cium..hehehe...

Sampai kat rumah Arissa baru je tido, kecian kat dia bernyawa pun ikut mulut..mak kata asyik meragam je arini,yela arissa tak sihat kan..i pun rehat kejap sementara Arissa tido around pukul 5 lebih dia bangun, i pun siapkan diri dan keperluan susu Arissa, i pergi ke klinik Mutiara bersama dengan adik perempuan i...mak i pun xberapa sihat, i ajak pergi sekali tak mau plak tapi i dah bagi la ubat kat mak..

Kat klinik tak berapa ramai orang jadi xla tunggu lama sangat tapi Arissa punya la tak boleh duduk diam, dia wat bising dalam klinik tue,iskk iskk Arissa Arissa....

Turn Arissa masuk bilik doktor sementara tunggu doktor Arissa sekali lagi wat bising kat dalam bilik plak..aduss!!tutup mulut dia pun xmenjadi, doktor masuk i bagitau la Arissa Selsema, batuk dan demam so doktor pun mulakan tugasnya check up Arissa..selepas ambil ubat dan bagi Arissa minum susu, i nak balik terus ke rumah, memandangkan klinik tue dekat dengan GIANT, so i pi singgah kejap just window shopping..hehe..

Syoknyer Arissa bila dapat lepas kat corner playground..
GIANT tengah wat sales geram jugak la tengok barang-barang yang harga pun not bad gak la
kat Arissa i belikan baju tido untuk dia 2 pasang coz baju tido dia skg dah fit sangat kesian kat dia...lepas pusing2 abis 3 tingkat GIANT tue, jam pun dah tunjuk pukul 7, i pun dah xlarat nak dukung Arissa yang semakin berat, i pergi ke counter bayar sambil beratur tue tengok Arissa pun dah lentok kat bahu dan terus tertido, kecian anak mummy,dah la demam, mummy bawa pi shopping plak..janji mummy boleh luang masa dengan anak mummy nih...
MUMMY SAYANG ARISSA....

No comments:

Post a Comment